Tentang Kami

TENTANG #STANDTOGETHER

Pada tahun 2017, kes-kes buli yang dahsyat dan yang berakhir dengan kematian menggemparkan Malaysia. Buli sudah berkurun lamanya menjadi masalah di Malaysia, dan nampaknya tiada solusi jelas kepada permasalahan ini.

Dua organisasi, walaubagaimanapun, memilih untuk menanganinya. R.AGE, sebuah pasukan wartawan pemenang anugerah dan pemaju hartanah SP Setia bergabung tenaga untuk mewujudkan sebuah solusi yang baru dan inovatif terhadap gejala buli.

Setelah berminggu berdiskusi dengan pelbagai pemegang taruh – para pelajar, pendidik, aktivis, badan NGO dan sebagainya – R.AGE telah menjumpai sebuah solusi: program Minggu Baik Hati #StandTogether tahunan.

Daripada menjadi ‘anti-buli’, kempen ini akan menjadi ‘pro-baik hati’, Daripada melawan balik buli, kita seharusnya menghasilkan sebuah budaya baru yang menyemai nilai-nilai baik hati dan empati.

Konsep ini begitu pantas menerima sokongan ramai. Dalam beberapa bulan, program Minggu Baik Hati ini (direka bersama pakar-pakar) telah menerima sokongan Kementerian Pendidikan Malaysia, dan ramai selebriti yang turut serta membantu meluaskan mesej kempen ini tentang kebaikan.

TENTANG MINGGU BAIK HATI

Diadakan setiap minggu pertama bulan April, Minggu Baik Hati Kebangsaan #StandTogether ini membantu memulakan program kebaikan selama setahun di sekolah-sekolah yang terlibat.

Sekolah yang mahu turut serta hanya perlu melakukan dua perkara mudah berikut:

  1. Jalankan sebuah “Projek Baik Hati” yang diterajui pelajar, untuk memperkasakan para pelajar memimpin perubahan budaya berteraskan kebaikan di sekolah
  2. Jalankan sekurang-kurangnya 3 daripada “Strategi Baik Hati” yang kami sarankan, yang terdiri daripada polisi-polisi yang direka untuk menyemai nilai-nilai kebaikan dan mengurangkan pembulian.

Untuk menggalakkan penyertaan, kempen ini menawarkan geran tunai berjumlah RM1,000 kepada sekolah-sekolah yang mempunyai Projek Baik Hati yang terbaik. Dan juga, sekolah-sekolah ini berpeluang menerima lawatan selebriti ke sekolah mereka, dan hadiah juara adalah gelaran “Sekolah Paling Baik Hati Malaysia”.

Minggu Baik Hati Kebangsaan ini hanyalah permulaan. Sekolah yang terlibat digalakkan untuk meneruskan Projek Baik Hati mereka dan Strategi sepanjang tahun, dan kami menawarkan aktiviti-aktiviti lain juga seperti Bengkel Baik Hati, Cabaran Baik Hati, dan Program Kepimpinan Baik Hati.

Kami anggarkan lebih dari 1,000 sekolah telah menyertai Minggu Baik Hati setakat ini.

SIAPA KAMI

#StandTogether telah diasaskan oleh R.AGE, pasukan wartawan pencetus impak dan pemaju tanah SP Setia.

Beberapa organisasi telah turut serta dalam kempen ini, termasuk rakan program UNICEF Malaysia dan syarikat telekomunikasi Digi, dimana mereka banyak memberi sokongan dan tenaga kepakaran.

Rakan kami yang lain termasuklah International Medical University, Petrosains, Teach For Malaysia, 100% Project, dan Study Hub Asia.

HUBUNGI KAMI

Untuk maklumat lanjut, emel tm R.AGE di
alltherage@thestar.com.my atau Whatsapp kami di +60172834406

PENCAPAIAN KAMI

Asian Digital Media Awards 2018 and 2019

 World Digital Media Awards 2018