Khidmat Sokongan

Befrienders adalah sekumpulan sukarelawan, dengan bantuan pakar psikiatri dan psikologi, yang sedia membantu dan mendengar luahan perasaan anda. Mereka menawarkan perkhidmatan untuk menjadi seorang rakan kepada mereka yang memerlukan.

Hubungi mereka melalui talian hotline dan emel seperti yang tertera di bawah, jika anda merasa sunyi,cenderung untuk membunuh diri atau hanya ingin meluahkan isi hati kepada seseorang. 

Dibuka 24 jam, Childline Malaysia merupakan perkhidmatan jangkauan kecemasan untuk kanak-kanak yang sedang melalui tempoh krisis, iaitu situasi di mana kanak-kanak berada dalam keadaan bahaya, seperti penderaan fizikal, seksual atau emosi yang berpunca daripada individu lain, keluarga, sekolah atau institusi.

Matlamatnya ialah bagi melindungi kanak-kanak, di bawah umur 18 tahun, tanpa mengira kaum, agama, warganegara mahupun status sosial mereka, dan juga menyediakan bantuan kecemasan seperti pemulihan jangka panjang melalui organisasi lain yang turut bekerjasama bersama mereka.

Hubungi mereka melalui Facebook atau emel yang tertera di bawah.

Talian Kasih menyediakan perkhidmatan kecemasan untuk penderaan, pengabaian, keganasan rumah tangga dan juga masalah berkaitan kanak-kanak dan remaja. Mereka memberi bantuan kepada ibu tunggal, golongan miskin dan orang kelainan upaya. Perkhidmatan kaunseling juga boleh didapati melalui talian hotline mereka. Talian Kasih berfungsi sebagai satu wadah hubungan untuk membantu anda dalam apa jua cara, sekiranya diperlukan. Hubungi mereka melalui talian hotline di bawah.

Hubungi 15999