
Program Kepimpinan pertama kami akan membantu pelajar menjadi advokat bagi kebaikan dan empati dalam sekolah dan komuniti mereka dengan menyediakan bahan-bahan, bimbingan dan geran kewangan. Daftar sekarang untuk menyertai program 4 bulan eksklusif ini secara PERCUMA.
Tempoh:
Sept 2020 hingga Jan 2021
Kelayakan:
Pelajar sekolah rendah dan menengah, serta pelajar kolej / universiti berumur 21 tahun ke bawah.
Apa yang anda akan capai pada penghujung program ini:

1. Lengkapkan kursus pendidikan mengenai kepimpinan belia
Tonton video pendidikan, artikel, dan selesaikan kuiz ringkas berkenaan baik hati, empati, dan menjadi ketua pelajar. Selesaikan kursus dalam talian dalam tempoh 6 minggu selewat-lewatnya pada 30 November 2020 untuk menerima sijil yang disahkan oleh #StandTogether, Kementerian Pendidikan, Unicef dan Digi, serta markah kokurikulum.

2. Berhubung dengan rakan sepelajaran, duta selebriti dan ketua industri
Anda akan dimasukkan ke dalam rangkaian ketua pelajar muda eksklusif seluruh Malaysia, dan mendapat akses untuk menghadiri Parti Zoom eksklusif bersama duta selebriti #StandTogether dan ketua industri.

3. Menangi sebahagian daripada geran RM40,000 dengan mengimaginasikan semula masa hadapan yang lebih baik
Jangan biarkan Covid-19 menghalang kita daripada membina komuniti yang penuh dengan kasih sayang dan kebaikan. Sebagai sokongan kepada kempen “Reimagine” Unicef, kami ingin membiayai projek-projek yang mengimaginasikan sekolah dan komuniti yang berasaskan kebaikan dan empati.
INGAT: Mulakan kursus Google Classroom Baik Hati #StandTogether selewat-lewatnya pada 15 Nov untuk mendapatkan akses ke Parti Zoom dan Geran Baik Hati!
Modul-modul interaktif di Google Classroom akan membimbing anda untuk mempelajari lebih lanjut mengenai baik hati, empati, dan memberi inspirasi untuk perubahan dalam komuniti anda.

Apakah kandungan kursus ini?

1. Tonton video pendidikan, yang dihoskan oleh duta pelajar #StandTogether
Pelajari tentang “Mencari Titik Buta Anda” dan “5 Cara Mempraktikkan Empati” melalui video pendek yang dihasilkan oleh R.AGE, dan disampaikan oleh rakan sebaya anda.

2. Artikel pilihan dan poster bergambar yang mengembangkan topik
Ketahui bagaimana “Baik Hati Mudah Tersebar” dan dapatkan inspirasi melalui temubual bersama pemimpin muda tempatan.

3. Selesaikan kuiz bermarkah dan tugasan ringkas
Anda perlu mencapai minimum 80% dalam kuiz bermarkah dan tugasan anda untuk menerima e-sijil.

4. Berhubung dengan ketua pelajar lain di platform Google Classroom
Untuk mengalami sesi pembelajaran interaktif sepenuhnya, anda boleh bertanyakan soalan dan berinteraksi dengan pelajar lain mengenai kursus di platform ini atau di platform Facebook Program Kepimpinan StandTogether. Sila pastikan interaksi anda terjaga dan penuh hormat, kerana segala bentuk pembulian tidak akan ditolak ansur.

5. Renungkan pembelajaran anda dan terapkan dalam kehidupan seharian
Pada penghujung setiap modul, gesaan refleksi akan tampil untuk mendorong anda memikirkan tentang apa yang telah anda pelajari setakat ini, dan bagaimana ia dapat digunakan untuk memperbaiki hubungan anda dengan orang lain.

6. Menangi Geran Baik Hati!
Setelah anda menamatkan kursus Google Classroom, anda boleh menjadi seorang agen perubahan! Anda dapat memohon untuk Geran Baik Hati yang akan membolehkan anda memenangi sehingga RM3,000 untuk melaksanakan kempen atau projek di sekolah atau komuniti anda.
Selesaikan kursus dalam talian ini selewat-lewatnya pada 31 Disember 2020 untuk menerima:

Sijil penyertaan #StandTogether, yang disahkan oleh Kementerian Pendidikan, Unicef, Digi, dan Star Media Group

Markah penyertaan kokurikulum oleh Kementerian Pendidikan Malaysia