.

Bangkitkan Revolusi Baik Hati di sekolah anda dengan menyertai Minggu Baik Hati! Anda akan merebut peluang untuk untuk memenangi geran tunai sebanyak RM1,000, lawatan selebriti ke sekolah anda dan juga gelaran Sekolah Paling Baik Hati di Malaysia.

DAFTAR SEKARANG

Cara untuk sertai Minggu Baik Hati:

1. Rangka projek baik hati

Pelajar perlu merangka satu projek yang boleh membantu menyemai amalan baik di sekolah dan melaksanakannya semasa Minggu Baik Hati Kebangsaan yang disambut pada minggu pertama bulan April. Jawab soalan pendaftaran berikut melalui Whatsapp Chat Bot sebelum atau pada 17 April 2020.

2. Pilih 3 “Strategi Baik Hati” untuk sekolah anda

Terdapat 9 strategi yang kami telah sediakan untuk mengalakkan sikap baik hati di sekolah anda. Melaksanakan sekurang-kurangnya 3 strategi semasa Minggu Baik Hati.

Muat turun Strategi Baik Hati SINI.

3. Hantar Surat Pengesahan

Muat turun Surat Pengesahan SINI, dan minta pengetua anda untuk menandatanganinya. Hantar gambar surat ini kepada chat bot WhatsApp kami. Tekan link di bawah untuk mendaftar pada Chat Bot Baik Hati kami.

Sertai Pertandingan #StandTogether!

Sekolah yang mendaftar untuk Minggu Baik Hati dan menjalankan Projek Baik Hati akan merebut peluang untuk memenangi:

1. Geran tunai sebanyak RM1,000

2. Lawatan selebriti ke sekolah anda

3. Gelaran Sekolah Paling Baik Hati Malaysia

Untuk menyertai pertandingan, pastikan anda lengkapkan proses pendaftaran pertandingan semasa mendaftar untuk Minggu Baik Hati.

Minggu Baik Hati di sekolah

Harith Iskander melawat Sri KDU

Pemenang Pertandigan #StandTogether Sri KDU Secondary School berpeluang mempamerkan projek baik hati mereka bersama pelawak Harith Iskander semasa Minggu Baik Hati. Jom lihat apa yang mereka sediakan dan jangan lupa saksikan pertandingan tahun hadapan!

Sangeeta & Arwind Kumar melawat SMK Kubu Gajah

Sekolah luar bandar ini menerima lawatan daripada selebriti Sangeeta Krishnasamy dan Arwind Kumar dengan Projek Baik Hati luar biasa mereka!

Pemenang Tahun-tahun Lepas

SEKOLAH PALING BAIK HATI MALAYSIA 2018:

SMK Sanzac,

Sabah

SEKOLAH RENDAH PALING BAIK HATI MALAYSIA 2019:

SK Taman Maluri, Kuala Lumpur

SEKOLAH MENENGAH PALING BAIK HATI 2019:

SMK Chung Hua,

Sarawak

Bersedia untuk menyertai Minggu Baik Hati Kebangsaan?

Aktiviti Lain