Soalan Sering Ditanya (FAQs)

APA ITU KEMPEN #STANDTOGETHER?

#StandTogether adalah kempen yang dilancarkan oleh R.AGE dan SP Setia untuk menjadikan minggu pertama April sebagai Minggu Baik Hati Kebangsaan di semua sekolah. Ia bertujuan untuk menggalakkan sikap baik hati dan empati dalam sistem persekolahan di Malaysia, seterusnya melahirkan pelajar dengan keperibadian terpuji. Kempen ini juga bertujuan untuk menambah baik sistem pembelajaran dan secara tidak langsung budaya buli di sekolah.

 

APA ITU MINGGU BAIK HATI KEBANGSAAN?

Minggu Kebangsaan Kebaikan bertujuan untuk menggalakkan persekitaran yang lebih ramah untuk semua sekolah Malaysia. Mulai minggu ini, sekolah akan mempunyai aktiviti yang menggalakkan membuat baik dan pemahaman tentangnya dalam kalangan pelajar dan guru. 

 

BILA SAMBUTAN MINGGU BAIK HATI KEBANGSAAN?

Minggu Baik Hati Kebangsaan disambut pada minggu pertama setiap bulan April. Tahun ini ia jatuh pada 5 – 10 April.

 

ADAKAH MINGGU BAIK HATI KEBANGSAAN MENDAPAT KEBENARAN KEMENTERIAN PELAJARAN?

Ya, Kementerian Pelajaran telah memberikan kami sokongan penuh untuk melaksanakan Minggu Baik Hari Kebangsaan di semua sekolah di seluruh negara.

 

BOLEH TAK SEKOLAH HANTAR LEBIH DARIPADA SATU PENYERTAAN UNTUK MENYERTAI PERTANDINGAN #STANDTOGETHER?

Boleh! Sekolah boleh menjalankan lebih dari satu Projek Baik Hati dan hantar pada kami, namun hanya satu projek akan di pilih di setiap sekolah. Setiap Projek mestilah diketuai oleh pelajar, dan mereka boleh berbuat demikian dalam kumpulan yang tidak melebihi 10 orang pelajar.

 

BOLEH TAK KALAU KITA NAK HANTAR PENYERTAAN SEBAGAI SEKUMPULAN PELAJAR?

Boleh! Anda boleh mengambil bahagian dalam pertandingan ini sebagai satu kelas, satu persatuan, Badan Beruniform, atau hanya sekumpulan rakan yang ingin menjadikan sekolah sebuah tempat yang lebih baik. Namun ahli setiap kumpulan tidak boleh melebihi 10 orang pelajar. 

 

JUMLAH YURAN YANG DIKENAKAN UNTUK MENYERTAI PERTANDINGAN INI?

Pertandingan ini adalah percuma! Penyertaan dalam semua #StandTogether program adalah percuma. Semua sumber bilik darjah kami juga percuma.

 

APA GANJARAN YANG MENANTI SEKOLAH YANG MENYERTAI PERTANDINGAN #STANDTOGETHER

Dua puluh buah sekolah dengan idea yang menarik akan berpeluang memenangi geran tunai berjumlah RM1,000 untuk membantu mereka mengembangkan lagi idea aktiviti baik hati mereka, dengan/atau lawatan daripada duta selebriti #StandTogether. 

 

SIAPA DUTA SELEBRITI #STANDTOGETHER?

Senarai duta selebriti kami masih berkembang. Setakat ini kami ada Lisa Surihani, Harith Iskander, Chef Wan, Ismail Izzani, JinnyBoyTV, Arwind Kumar, Jenn Chia, Nik Qistina, dan banyak lain lagi! Anda boleh menyemak video kami sini, atau di Facebook dan Instagram.

 

BILAKAH TARIKH AKHIR UNTUK MENDAFTAR PENYERTAAN ANDA?

April 17, 2020. Cepatlah mendaftar!

 

MACAMANA NAK MENDAFTAR?

Senang je! Jawab beberapa soalan, kemudian jangan lupa isi surat pengesahan Minggu Baik Hati Kebangsaan dan borang pendaftaran untuk menyertai Pertandingan (2 surat berbeza). Jangan lupa hantar semula surat-surat yang telah lengkap dengan tanda tangan guru besar sebelum tarikh tutup. Ini semua boleh dilakukan semasa mendaftarkan program Minggu Baik Hati Kebangsaan menggunakan Chat Bot Baik Hati di WhatsApp. Untuk bermula, pergi ke bit.ly/standtogether2020.

 

BOLEH TAK KALAU KAMI INGIN MENYERTAI PERTANDINGAN #STANDTOGETHER TAPI KAMI TIDAK MAHU MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM KEMPEN MINGGU BAIK HATI KEBANGSAAN #STANDTOGETHER?

Malangnya tidak. Setiap sekolah perlu menyertai Minggu Baik Hati Kebangsaan – jalankan sekurang-kurangnya tiga polisi yang termaktub dalam Panduan Baik Hati atau aktiviti yang disyorkan di sini https://standtogether.my/resources/, kemudian barulah anda boleh menyertai pertandingan ini. 

 

KAMI MAHU ANJURKAN MINGGU BAIK HATI KEBANGSAAN #STANDTOGETHER DI SEKOLAH TAPI TAK MAHU SERTAI PERTANDINGAN, BOLEH TAK?

Sudah tentu! Anda boleh mendaftar sini dan pastikan guru besar anda menjalankan sekurang-kurangnya tiga daripada beberapa polisi yang termaktub dalam Panduan Baik Hati atau layari sini dan muat turun aktiviti yang disyorkan untuk sekolah anda!

 

PERLU KE SAYA LAKSANAKAN IDEA UNTUK PERTANDINGAN #STANDTOGETHER SAYA WALAUPUN TIDAK TERPILIH UNTUK MEMENANGI GERAN TUNAI RM1,000?

Ya, kita sangat menggalakkan anda untuk terus melaksanakannya. Matlamat Pertandingan #StandTogether adalah untuk menarik minat pelajar-pelajar seperti anda terlibat sama dalam usaha untuk menjadikan sekolah sesuatu tempat yang lebih baik dan menyeronokkan! 

 

Baca manual kami untuk maklumat lanjut