.

Belajar melalui teladan! Ini matlamat kami apabila kami memperkenalkan Anugerah Paling Baik Hati, sebagai medium untuk menceritakan kisah penuh inspirasi individu-individu tertentu yang mahukan persekitaran yang lebih baik dengan sikap prihatin, penyayang dan baik hati mereka.

Lihat pemenang tahun lepas!

GURU PALING BAIK HATI 2019:

Cik Maureen Ramadas Dellow

Cik Maureen sukakan kanak-kanak. Misi hidup beliau adalah untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam pelajarnya dan membantu mereka menjadi manusia yang lebih baik. Beliau yang tidak mempunyai cahaya mata sendiri menganggap tugasnya sebagai seorang guru merupakan salah satu takdirnya.

PELAJAR PALING BAIK HATI 2019:

Muhd Aisy Abdul Aziz

Melihat pensil yang bertaburan di sekitar sekolahnya, Aisy kemudian mula mengumpulnya satu demi satu. Beliau menggunakan media sosialnya untuk meminta orang ramai membantu menyumbang lebih banyak pensil. Hasilnya, lebih 9,000 batang pensil berjaya dikumpulnya dan disumbangkan kepada kanak-kanak diluar bandar.

 

WARGA SEKOLAH PALING BAIK HATI 2019:

Norizan Mamat

Beliau bukan seorang pak cik jaga yang biasa. Beliau menjaga setiap pelajar dan kebolehan beliau untuk mengingati ibubapa hampir setiap pelajar memberi kelegaan kepada ibubapa yang terlewat untuk mengambil anak-anak mereka. Kebaikan beliau membuatkan Pak Cik Izan dipandang tinggi bukan sahaja oleh para pelajar dan guru-guru, bahkan ibubapa.

GURU BESAR PALING BAIK HATI 2019:

Pn. Ainon Salehuddin

Kedudukannya tidak menghalang Pn Ainon untuk berdiri di pintu masuk sekolah setiap pagi untuk menyambut para pelajar dengan penuh senyuman. Semua ini beliau lakukan agar para pelajar merasa selesa untuk berada di sekolah. Beliau juga turun bersama-sama guru lain untuk melawat ke rumah para pelajar yang kurang berkemampuan serta menghulurkan bantuan.

Kenali calon yang bersesuaian? Calonkan mereka untuk anugerah paling baik hati! Pencalonan kini dibuka! 

Aktiviti Lain