MENCARI PROJEK BAIK HATI SEKOLAH TERBAIK! 

Mula merancang idea untuk dipertandingkan hari ini.
Tarikh akhir permohonan telah dilanjutkan ke 15 MAC.

Ini apa yang anda serta sekolah anda berpeluang untuk memenangi:

Geran tunai

Sekolah yang diangkat sebagai pemenang bakal memenangi geran tunai sehingga RM1,000 untuk merealisasikan idea anda!

Lawatan artis

Peserta terpilih bakal menerima lawatan duta artis #StandTogether kami di sekolah mereka semasa Minggu Baik Hati Kebangsaan (1-5 April).

Hadiah Utama

Rencana khas akan disiarkan dalam akhbar The Star dan menerima gelaran “Sekolah Paling Baik Hati Malaysia.”

Apa akan berlaku jika kami menang?

20 sekolah terbaik akan menerima geran tunai sehingga RM1,000 untuk menjalankan idea Projek Baik Hati mereka ketika Minggu Baik Hati Kebangsaan (1-5 April) – dan berkemungkinan menerima lawatan dari artis duta #StandTogether.

Sekolah yang menang MESTI melaksanakan Projek Baik Hati mereka untuk menerima sijil – dan berpeluang memenangi gelaran “Sekolah Paling Baik Hati Malaysia” 

Tapi jika anda tidak menang, apa salahnya anda meneruskan sahaja Projek Baik Hati anda, bukan? 

Bagaimanakah cara untuk menghantar pemohonan?

LANGKAH 1

Daftar melalui U-Report di WhatsApp!

Klik di sini untuk mendaftar permohonan Minggu Baik Hati Kebangsaan


BEBERAPA TIP UNTUK MEMBANTU ANDA

Klik pautan WhatsApp U-Report

Anda akan terus dibawa ke WhatsApp jika menggunakan telefon bimbit dan ke WhatsApp Web jika menggunakan komputer.

Tekan Send

Kata kunci ST2019 akan muncul di ruangan chat anda, tekan send dan anda boleh mula berbual melalui U-Report. 

Sertai Pertandingan #StandTogether

Daftar pertandingan dengan menaip “A” kemudian tekan send. Anda akan diarah untuk memuat turun surat kebenaran sekolah. Scroll ke bawah untuk maklumat lanjut.


LANGKAH 2

Dapatkan Kebenaran

Muat turun surat kebenaran ini ,isi dan dapatkan tandatangan pengetua sekolah dan ibu bapa anda.

TIP UNTUK MENCETAK

1. Anda boleh mencetak imej surat kebenaran anda dengan hanya membuka WhatsApp Web, muat turun ke komputer, kemudian mencetaknya.

2. Anda juga boleh menyimpan imej ini ke telefon bimbit anda, emel kepada diri sendiri kemudian mencetaknya di komputer.

LANGKAH 3

Tampil Dengan Projek Baik Hati

Berdasarkan maklum balas terhadap soalan-soalan yang diutarakan, fikirkan idea menarik yang dapat memupuk sikap baik hati di sekolah!

SOALAN BAGI PERMOHONAN

Semua yang memohon perlu menjawab soalan berikut:

1. Apakah ia?

Terangkan secara ringkas idea Projek Baik Hati anda.

2. Berterusan

Bagaimana anda dapat memastikan Projek Baik Hati anda dapat memberi kesan sepanjang tahun?

3. Kesan

Apakah kesan atau hasil yang anda ingin Projek Baik Hati anda cetuskan di sekolah atau dalam komuniti?

4. Apakah aktivitinya?

Apakah aktiviti atau inisiatif yang bakal anda jalankan ketika Minggu Baik Hati Kebangsaan (1-5 April).

5. Bagaimana ia akan digunakan?

Beritahu kami rancangan anda menggunakan geran tunai RM1,000?

6. Matlamat

Apakah matlamat projek baik hati anda? – menggalakkan keterangkuman (inklusif), sokongan rakan sebaya & kaunseling, mengurangkan buli secara fizikal, merapatkan hubungan di antara guru dan pelajar dll

7. Aktiviti

Apakah jenis aktiviti yang anda ingin cadangkan? – acara (konsert, kem, karnival dan persidangan), program atau inisiatif di sekolah, komuniti atau program luar sekolah atau lain-lain dll

TIP UNTUK MENYERLAHKAN PROJEK ANDA

1. Pastikan ia mudah difahami

Idea anda perlu diterangkan dengan jelas, supaya mudah difahami oleh rakan-rakan anda serta juri kami. Idea yang hebat itu mudah diikuti, dan itulah yang kami inginkan dari anda.

2. Pastikan idea anda boleh dijalankant

Buktikan bahawa idea anda praktikal dan boleh dilaksanakan dengan bajet RM1,000.
Yakinkan kami anda boleh merealisasikan idea anda!

3. Jelaskan mengapa ia penting untuk sekolah anda

Beritahu kisah sekolah anda, dan mengapa penting bagi anda untuk menjalankan aktiviti/kempen di sana. Gambarkan sedikit sebanyak suasana di sekolah anda!

4. Beritahu kami bagaimana ia boleh memberi kesan kepada orang lain

Apa yang kami mahukan hanyalah idea yang boleh memberi perubahan di sekolah. Tunjukkan bagaimana idea anda boleh melakukannya!

LANGKAH 4

Hantar surat kebenaran U-Report anda di WhatsApp

Apabila anda selesai merancang Projek Baik Hati anda dan sedia menghantarnya, klik pautan permohonan di bawah, hantar surat kebenaran anda menerusi ruangan chat dan jawab soalan bagi menghantar permohonan.

ADAKAH ANDA BERSEDIA UNTUK MENGHANTAR IDEA PROJEK ANDA? 

SMK Sanzac, Sabah

Sekolah Paling Baik Hati Malaysia 2018

Soalan Lazim (FAQs)

PROJEK BAIK HATI

Bolehkah sesebuah sekolah menghantar beberapa permohonan?

Ya! Sekolah boleh menghantar permohonan tanpa had, tetapi hanya satu pemenang akan dipilih bagi setiap sekolah.

Bolehkah kami menghantar permohonan sebagai satu kumpulan pelajar?

Ya! Anda boleh mengambil bahagian dalam pertandingan secara persendirian, satu kelas, persatuan sekolah, Badan Beruniform, atau hanya sekumpulan kawan yang ingin menjadikan sekolah anda sebuah tempat yang lebih baik, syaratnya satu kumpulan tidak boleh melebihi 40 orang pelajar.

Bagaimanakah cara menghantar idea kami?

Pertama sekali, muat turun Kit Pertandingan 2019 untuk mendapatkan surat kebenaran sekolah, soalan seterusnya bincangkan idea anda bersama rakan sekumpulan. Apabila anda sudah bersedia, minta guru-penasihat anda menekan butang permohonan di bawah dan hantarkan jawapan anda ke dalam sistem kami. Idea anda akan terus di hantar kepada kami!

Bagaimana sistem permohonan ini berfungsi?

Sistem permohonan U-Report automatik ini disediakan Unicef Malaysia iaitu melalui program rakan kongsi kami. Sistem ini akan membuka WhatsApp atau WhatsApp Web secara automatik, dan guru-penasihat anda hanya perlu menekan send dan ia akan terus menghantar beberapa soalan, yang turut disertakan dalam Kit Pertandingan anda. Anda hanya perlu menaip jawapan anda dan kami akan terus menerimanya!

Apakah perbezaan di antara kategori projek baik hati dan kategori yang lain?

Kategori projek baik hati adalah untuk pelajar yang mempunyai idea menarik untuk menjadikan sekolah mereka sebuah tempat yang lebih baik. Ianya boleh disertai secara berkumpulan. Anugerah Paling Baik Hati adalah untuk individu di sekolah yang menurut anda sangat memahami dan sentiasa bersikap baik hati terhadap orang lain.

Adakah saya harus bertanding dengan pelajar sekolah menengah yang lain?

Jangan risau! Penyertaan sekolah rendah dan menengah akan dinilai secara berasingan. Hadiah akan diberi kepada sekolah rendah dan menengah terbaik. Kami telah menyediakan segalanya secukupnya.


Adakah kami perlu membuat bayaran untuk menyertai pertandingan ini?

Tak lansung! Penyertaan adalah percuma. Apa yang anda perlu lakukan adalah memuat turun Kit Baik Hati, dan borang akan disertakan sekali..

Siapakah duta artis #StandTogether?

Senarai artis kami semakin bertambah saban hari dan ini termasuklah Lisa Surihani, JinnyBoyTV, Arwind Kumar dan Ann Osman! Anda boleh saksikan mereka di video kami.

Bilakah tarikh akhir penghantaran permohonan?

8 Mac 2019. Jangan tunggu lama-lama!

Adakah saya mesti menjalankan idea saya walaupun tidak terpilih?

Ya, kami sangat menggalakkan anda melakukannya. Matlamat kami untuk Pertandingan #StandTogether adalah untuk mengajak pelajar seperti anda mengubah suasana di sekolah di seluruh negara. Ayuh turut serta!