.

Selamat datang ke pendaftaran Bengkel Baik Hati!

 

Untuk mendaftarkan sekolah anda (dan mereka yang menerima surat dari KPM / JPN), klik “Sekolah”.
Untuk mengambil bahagian sebagai individu, klik “Individu”.

 

Maklumat lanjut di bawah!

SekolahIndividu

Pendaftaran Sekolah

Sekiranya anda mahu sekolah anda menjadi sebahagian daripada program ini, sila memilih 2 pelajar dan 1 guru untuk menyertai bengkel, dan klik pautan di bawah untuk mendaftar.

Sekolah yang dipilih oleh Kementerian Pendidikan atau JPN untuk mengambil bahagian harus memilih pilihan ini.

Pendaftaran Individu

Sekiranya anda ingin menyertai bengkel sebagai individu, daftarlah di pautan di bawah! Kami mengalu-alukan semua orang yang berumur 25 tahun ke bawah, sama ada anda adalah pelajar sekolah atau tidak.

Pilihan ini juga untuk mereka yang mengetahui mengenai program ini melalui media atau organisasi rakan kongsi kami.

Apakah Bengkel Baik Hati?

Bengkel Baik Hati #StandTogether adalah program interaktif yang menyeronokkan untuk mengajar pelajar DAN guru dua kemahiran yang sangat penting sikap BAIK HATI dan EMPATI.

Kemahiran ini akan meningkatkan kecerdasan emosi anda dan membawa banyak faedah, seperti:

1. Hubungan yang bertambah baik
Anda akan belajar memahami dan berkomunikasi dengan rakan & keluarga anda dengan lebih baik.

2. Peningkatan kemampuan belajar
Empati telah ditunjukkan untuk meningkatkan prestasi akademik!

3. Kehidupan yang lebih bahagia dan berjaya!
Kecerdasan emosi boleh menjadi kunci untuk kerjaya yang bahagia dan berjaya 🙂