Sertai kami dan ribuan pelajar dan guru-guru di Malaysia dalam bengkel baik hati alam maya kebangsaan yang pertama! Sesi interaktif yang diluluskan oleh kementerian, direka bagi menbentuk amalan baik hati dan empati.
DAFTAR DI SINI

Apakah Bengkel
Secara Langsung Atas Talian Ini?

Bengkel Baik Hati akan menolong kaunselor dan murid-murid memahami gejala buli dan pembuli melalui pembelajaran nilai murni empati secara interaktif. Kaunselor dan pelajar-pelajar akan berada di bengkel masing-masing, untuk pengalaman pembelajaran yang paling berkesan.

JPN

Bengkel Baik Hati Atas Talian Secara Langsung melalui Zoom

Bengkel ini akan diadakan di semua 15 negeri. Setiap sesi akan dijalankan selama 2 jam secara langsung atas talian, dan ia akan menganjurkan

65 buah sekolah

65 orang guru kaunseling

130 orang pelajar

Kami memohon kerjasama daripada pihak-pihak JPN untuk menjemput guru-guru kaunselor dan pelajar-pelajar dari 65 buah sekolah pilihan pihak JPN masing-masing. Setiap sekolah akan menjemput seorang kaunselor dan dua orang pelajar masing-masing.

Pemilihan calon-calon pelajar haruslah berdasarkan faktor-faktor berikut untuk mencapai diversiti yang terbaik dan memberi pembelajaran yang paling berkesan:

1. Seorang pelajar perempuan dan seorang pelajar lelaki.

2. Pelajar-pelajar dari Tingkatan 3 hingga 4.

3. Pelajar-pelajar dari etnik yang berbeza

4. Pelajar-pelajar yang dipilih haruslah dari sekolah dalam bandar, dan luar bandar

5. Pelajar-pelajar yang datang dari sekolah yang dilengkapi dengan makmal komputer ataupun berdekatan dengan Pusat Internet Digi

Guru-guru

Apakah yang Perlu
Disediakan oleh Kaunselor?

Kaunselor dan pelajar-pelajar dari sekolah terpilih haruslah menyediakan benda-benda tersebut sebelum bengkel:

1. Setiap orang akan menggunakan 1 komputer dan ia harus dilengkapi dengan mikrofon, webcam dan internet yang stabil untuk menggunakan Zoom.

2. Zoom perlu dimuat turun dan dipasang dalam komputer sebelum digunakan. Dapatkan Zoom dan akaun Zoom di sini.

3. Setiap orang perlu menyediakan 6 helai kertas A4 dan pen untuk digunakan dalam bengkel.

Bagaimana Menyertai
Bengkel Baik Hati ini?

LANGKAH 1: Kaunselor harus kunjungi pautan ini untuk membuat pendaftaran untuk diri sendiri dan pelajar-pelajar yang di pilih.

LANGKAH 2: Kaunselor haruslah memastikan borang kelulusan telah dikutip dari pelajar-pelajar yang dipilih dan memuat naik borang-borang kelulusan tersebut ketika mendaftar.

LANGKAH 3: Kaunselor haruslah memberitahu pihak JPN masing-masing nama pelajar-pelajar terpilih.

LANGKAH 4: Pautan Zoom akan diberi 2 hari sebelum bengkel masing-masing melalui e-mel, kaunselor harus memastikan Zoom boleh digunakan untuk calon-calonnya dan diri sendiri.

Tarikh Bengkel Mengikut Negeri

Jika tarikh untuk sesi negeri anda sudah lepas, anda boleh menyertai sesi negeri lain yang akan berlangsung, yang berwarna biru di bawah.

Anda akan mendapat e-mel yang akan mengesahkan negeri dan tarikh sesi anda.

Negeri Tarikh Tarikh akhir pendaftaran
1 Selangor                                                    22/9/2020 (Selasa) OPEN REGISTRATION
2 WP Putrajaya & WP Labuan         24/9/2020 (Khamis) OPEN REGISTRATION
3 Johor                                                          28/9/2020 (Isnin) OPEN REGISTRATION
4 Negeri Sembilan                                    1/10/2020 (Khamis) 30/9/2020 (Rabu)
5 Penang                                                       7/10/2020 (Rabu) 6/10/2020 (Selasa)
6 Perak                                                          8/10/2020 (Khamis) 9/10/2020 (Rabu)
7 Malacca       15/10/2020 (Khamis) 14/10/2020 (Rabu)
8 Terengganu    19/10/2020 (Isnin) 18/10/2020 (Ahad)
9 Sarawak                                                  21/10/2020 (Rabu) 20/10/2020 (Selasa)
10 Perlis                                                                      22/10/2020 (Khamis) 21/10/2020 (Rabu)
11 Kedah                                              26/10/2020 (Isnin) 25/10/2020 (Ahad)
12 Pahang 28/10/2020 (Rabu) 27/10/2020 (Selasa)
13 WP Kuala Lumpur [AKAN DIUMUM] [AKAN DIUMUM]
14 Kelantan 2/11/2020 (Isnin) 2/11/2020 (Isnin)
15 Sabah [AKAN DIUMUM] [AKAN DIUMUM]

 

 

 

Data Subsidi & Cara Tuntutan

Sekiranya Mobile Hotspot ataupun Mobile Data digunakan, kaunselor dengan pelajar-pelajar yang menghadiri Bengkel Baik Hati Atas Talian bolehlah membuat tuntutan jika pengesahan pembayaran atau resit diemail kepada hello@studyhub.asia. Tertakluk pada terma & syarat.

Pertanyaan

Jika ada sebarang pertanyaan, sila menghubungi:

Richie Lee – 0178878814, richie@studyhub.asia
Brian Law – 0149044840, brian@studyhub.asia

Ataupun layarilah laman Instagram atau Facebook kami untuk mengambil tahu tentang kempen #StandTogether.