Sertai kami dan ribuan pelajar dan guru-guru di Malaysia dalam bengkel baik hati alam maya kebangsaan yang pertama! Sesi interaktif yang diluluskan oleh kementerian, direka bagi menbentuk amalan baik hati dan empati.


Dianjurkan oleh KitaConnect, sebuah rangkaian belia oleh Unicef ​​Malaysia.

REGISTER HERE - ENGLISH SESSIONDAFTAR SINI - SESI BAHASA MALAYSIA

,Bengkel ini dimulakan tahun lepas dengan lawatan seluruh negara yang mencipta lebih daripada 2,700 duta baik hati untuk membantu meningkatkan kesedaran tentang buli, dan mempromosikan budaya baik hati di sekolah di seluruh Malaysia.

Tahun ini, kami ingin memberi tumpuan kepada satu unsur utama dalam budaya baik hati – Empati!

Sesi-sesi ini akan berlangsung pada 3hb dan 4hb November dan terbuka kepada semua individu beumur 25 dan ke bawah. Sesi-sesi ini dianjurkan oleh KitaConnect, sebuah rangkaian belia oleh Unicef ​​Malaysia.

Berikut adalah beberapa perkara yang anda akan alami semasa bengkel ini!

Penampilan Duta Selebriti StandTogether kami seperti Lisa Surihani, Arwind Kumar, Ismail Izzani dan
ramai lagi
Mengenalpasti pelbagai jenis buli dengan aktiviti #RealTalk dan Stand With Me
Merasa dan mempraktikkan empati melalui permainan yang menyeronokkan
Bersyukur dan meluahkannya antara satu sama lain

Daftar di sini dan anda berpeluang untuk menyertai bengkel ini!

Kami akan hantar emel pengesahan berserta maklumat lanjut.

Prinsip bengkel

1. Sesi berfokus

Guru dan pelajar akan menerima pengalaman interaktif empati yang sama tetapi dalam sesi yang berlainan, sesuai dengan keperluan dan peranan mereka. Dengan itu, pelatih dan fasilitator kami dapat berhubung dengan lebih mendalam dengan setiap kumpulan dan mewujudkan ruang yang selamat untuk semua menjadi lebih terbuka dan berkongsi semasa sesi kami.

2. Berseronok!

Kami tahu bengkel dan kelas dalam talian amat memenatkan, jadi kami berusaha untuk memastikan guru dan pelajar kami.

3. Keselamatan

Selain memandang serius isu penjarakan sosial, kami juga berpendapat keselamatan emosi anda penting dan kami mempunyai profesional yang bertauliah untuk menyokong anda sepanjang sesi kami.

Ketahui lebih lanjut mengenai Lawatan Bengkel Baik Hati tahun lepas

Spreading kindness to special group

The #StandTogether kindness campaign by R.AGE and SP Setia took another step forward with a new series of “Kindness Workshops” for students from marginalised and special-needs communities.

Read More →

Kindness Tour Hits the East Coast

The ambitious #StandTogether Kindness Tour kicked off its second leg with a series of workshops in Pahang, Terengganu and Kelantan in the past week.

The workshops, organised by Digi with support from International Medical University (IMU)…

Read More →

Chef Wan surprises ‘Kindness Workshop’ in Malacca

Datuk Chef Wan gave teachers and students here a special surprise when he showed up at the #StandTogether Kindness Tour workshop at SMK Ayer Keroh.

Read More →