OLEH SAMANTHA CHANG DAN NICHOLAS YAP
Sebagai pelatih di R.AGE, suatu budaya yang kami lihat adalah apabila seseorang belajar sesuatu kemahiran (contohnya, cara membuat Instagram filter), mereka akan berkongsi kemahiran tersebut dengan pelatih lain, yang kemudiannya akan mengajar pula orang lain.
Mengapa kami memilih untuk meluangkan masa mengajar kemahiran baharu kepada seseorang, walaupun ia mungkin tidak mendatangkan sebarang faedah kepada diri sendiri?
Ini kerana kami ingin membantu rakan kami mempelajari sesuatu yang mungkin berguna.
Para saintis menamakan fenomena ini sebagai ‘paying it forward’. Maksudnya, apabila seseorang berbuat baik kepada kita, selain berterima kasih kepadanya, kita patut juga “menyebarkan” kebaikan itu melalui perbuatan baik kepada orang lain.
Apabila kita mendapat manfaat daripada sesuatu amalan baik, kita menjadi lebih bermotivasi untuk berbuat baik kepada orang lain. Ini akan mewujudkan satu kitaran amalan baik yang boleh memanfaatkan ramai orang lagi.
Pada tahun 2014, kumpulan penyelidik ini meneroka konsep ini dalam beberapa eksperimen. Mereka memisahkan pelawat-pelawat sebuah muzium secara rawak kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama boleh membayar apa-apa jumlah yang mereka mahu untuk memasuki muzium (pay-what-you-wish). Kumpulan kedua diberitahu bahawa kemasukan mereka telah dibayar oleh pelawat sebelum mereka, dan mereka boleh membayar berapa sahaja yang mereka mahukan untuk kemasukan pelanggan seterusnya (pay-it-forward).
Para penyelidik ingin tahu: Adakah apabila orang lain berbuat baik kepada seorang pelanggan, tindakan itu boleh membuatkan pelanggan tersebut membayar lebih banyak untuk kemasukan pelanggan seterusnya?
Rupanya, ramalan penyelidik itu tepat. Peserta dalam kumpulan pay-it-forward membayar purata US$1 lebih daripada kumpulan pay-what-you-wish.
Mengapa kumpulan tersebut lebih cenderung untuk membantu individu lain apabila mereka sendiri menerima bantuan daripada orang lain? Para penyelidik mencadangkan ia adalah kerana amalan baik hati telah ditunjukkan sebagai sesuatu yang biasa, dan ini menggalakkan peserta lain untuk turut berbuat baik.
Penyelidik lain juga telah menyiasat fenomena ini dan menawarkan satu penjelasan lain yang dikenali sebagai elevasi moral. Elevasi moral merupakan perasaan gembira dan puas hati yang anda alami apabila melihat seseorang melakukan perkara baik terhadap individu lain. Perasaan itu akan mendorong anda untuk membantu orang lain dan memberi inspirasi kepada anda untuk menjadi orang yang lebih baik.
Dalam satu lagi eksperimen, para peserta diminta menonton satu di antara tiga video: satu tentang individu yang melakukan perbuatan baik, satu klip “neutral”, atau satu klip komedi. Kemudian, penyelidik meminta setiap peserta untuk membantu mereka melakukan tugas yang membosankan, tanpa sebarang pampasan.
Kajian mendapati bahawa kumpulan peserta yang menyaksikan video yang menunjukkan perbuatan baik, mereka membantu hampir dua kali lebih daripada peserta lain. Lebih-lebih lagi, semakin tinggi perasaan elevasi moral mereka, semakin lama masa digunakan secara sukarela untuk menghabiskan tugas.
Perasaan ini menunjukkan bahawa kebaikan sebenarnya boleh menular.
Satu penjelasan lain: kita lebih berinspirasi untuk bersikap baik kepada orang lain apabila kita berasa bersyukur.
Apakah sebab di sebalik reaksi tersebut? Kesyukuran membuatkan kita berasa lebih dekat dengan orang lain. Ia mengingatkan kita bahawa terdapat kebaikan di dunia, dan ia boleh dikongsi dengan komuniti.
Jadi, ingat bagaimana kebaikan boleh terus memberi kesan positif – bermula dari diri sendiri kepada rakan anda, keluarga, dan sebagainya. Tindakan baik hati anda semestinya akan memberi impak yang positif terhadap individu lain.
Hari ini saya baru tahu bahawa kebaikan boleh menular.Jadi, saya akan memainkan peranan sendiri untuk mennjadi orang yang baik hati.Saya juga akan mempengaruhi ahli keluarga saya dan kawan saya supaya menjadi orang yang baik hati.Dengan ini,dunia kita akan aman dan kita boleh hidup dengan sentosa.
Agree
I agree that kindness actually can be spread and influences other peoples. Taking BTS for an example , few months ago BTS has donated 1 Million USD dollar for Black Lives Matter and the fans in returned tried to match with them and also collectively donated 1 Million US dollar for the cause.
Here we can see that what kindness the other person do surely can encourage other person to do so.