OLEH SAMANTHA CHANG
Apa yang menjadikan anda seorang pemimpin? Apa yang anda fikirkan adalah ciri-ciri seorang pemimpin?
Anda mungkin membayangkan seorang pemimpin sebagai seorang yang berkuasa atau penting, seperti ahli politik atau ahli perniagaan yang berjaya. Sebenarnya, sesiapa sahaja boleh menjadi seorang pemimpin, kerana seorang pemimpin hanya adalah seseorang yang mempunyai sesuatu yang mendorong mereka: sama ada ia adalah satu misi, tujuan, atau nilai. Seorang pemimpin mempunyai visi untuk menyelesaikan sesuatu masalah, dan mereka memberi inspirasi kepada orang lain untuk bekerja sesama mereka untuk sampai tujuan tersebut.
Ini yang dilakukan Ulissa Euvaraj, seorang pelajar dari SMK Convent Kajang, yang pada usia 16 tahun mengetuai sebuah pasukan untuk membuat Projek Baik Hati. Projek yang bertujuan untuk mempromosikan budaya baik dan positif di sekolah mereka ini diiktiraf sebagai salah satu pemenang dalam Pertandingan #StandTogether 2018. Pasukan ini memenangi geran tunai berjumlah RM1,000 dan lawatan dari seorang selebriti ke sekolah mereka.
Ulisaa terdorong untuk memimpin projek ini disebabkan pengalamannya menjadi pesakit kanser sewaktu berusia tiga tahun. Penggunaan ubat-ubatan yang kuat menyebabkan beliau sukar untuk menaikkan berat badan. Oleh sebab itu, beliau sering dibuli dan dikatakan bahawa dia kelihatan “anorexic”, “terlalu kurus”, dan “botak”.
Walaubagaimanapun, peristiwa yang menyakitkan ini memberi pengajaran penting kepada Ulissa, serta sebagai satu matlamat untuk meneruskan hidup. “Oleh kerana saya pernah dibuli, saya menyedari betapa pentingnya untuk bersuara dan bercakap tentang apa yang betul,” kata Ulisaa.
“Saya tahu saya boleh bersuara bagi mereka yang terlalu takut untuk bersuara. Itu yang mendorong saya sepanjang perjalananprojek tersebut,” katanya.
Projek mereka, “Kotak Positif”, bertujuan untuk menggalakkan pelajar untuk menulis mesej positif untuk mendorong antara satu sama lain. Pasukan mereka meninggalkan lima kotak bertanda “Mengapa Anda Tidak Bersendirian”, “Mesej Kebaikan”, “Mesej Kebahagiaan”, dan sebagainya di dalam setiap bilik darjah. Semua pelajar digalakkan untuk memasukkan dan membaca satu pesanan ringkas dari kotak-kotak ini setiap hari.
Namun, Ulissa dan anggota kumpulannya juga ada menghadapi banyak cabaran untuk meyakinkan pelajar di sekolah untuk menyertai dan memahami pentingnya projek tersebut.
Untuk mengatasi cabaran tersebut, pasukan mereka membuat keputusan untuk memimpin melalui tauladan. Mereka mula mengamalkan empati terhadap rakan-rakan dan berusaha sebaik mungkin untuk menerangkan tujuan projek dengan menggunakan contoh yang berbeza supaya ia lebih jelas kepada mereka.
Walaupun ada beberapa pelajar yang tidak mahu melibatkan diri, namun lebih ramai yang mendapati bahawa projek ini bermakna. “Sesetengah [rakan sebaya] berkongsi kegembiraan mereka apabila mengetahui bahawa mereka boleh bergantung pada seseorang, dan adanya orang lain yang menyokong mereka,” katanya.
Ketika ditanyakan nasihat beliau kepada pemimpin pelajar masa hadapan, Ulissa menggalakkan mereka untuk mempunyai fikiran positif dan mewujudkan suasana yang selamat dan menyeronokkan untuk semua orang. Matlamat akhirnya adalah untuk menyumbang kepada sekolah dan masyarakat.
Menurut Ulissa, pengajaran utamanya adalah untuk berbuat baik kepada semua orang, kerana kita tidak selalu tahu apa yang sedang terjadi.
Projek ini adalah batu loncatan dalam perjalanan Ulissa untuk menjadi seorang pemimpin belia, dan beliau berharap dapat terlibat dalam lebih banyak kempen dan projek seperti ini pada masa akan datang. “Saya berharap untuk menyumbang dan mempengaruhi orang di sekeliling saya untuk melakukan kebaikan,” kata Ulissa.
Saya akan berusaha untuk menjadi seorang pemimpin kerana setiap orang berupaya untuk menjadi seorang pemimpin.Saya juga berharap setiap orang mempunyai sikap baik hati untuk membantu orang yang kesusahan dalam dunia ini.
Saya akan berusaha untuk menjadi seorang pemimpin kerana setiap orang berupaya untuk menjadi seorang pemimpin.Saya juga berharap setiap orang mempunyai sikap baik hati untuk membantu orang yang kesusahan dalam dunia ini.Saya juga bangga boleh menjadi seorang pemimpin
“Love what we do;Do what we love” .With all love in heart,in work,in family and soceity.Then, you will be able to be a success leader.